1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16



Zaman Penjajahan Jepun
Atelophobia;

Bonjour!


Selamat datang ke blog tugasan pengajian malaysia
Tajuk : Zaman Penjajahan Jepun
Jun 2016

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini








AHLI KUMPULAN

  • NUR SYUHADA BINTI MOHD NOOR - 16DPM16F1023
  • AIDA FADHILAH BINTI R.RAZAAMI - 16DPM16F1008
  • EISYA NABILA BINTI MOHD SUKRI - 16DPM16F1015






Pengenalan

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera darat ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi(amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgoradi Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayyu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah .Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .Jepun juga telah meninggalkan beberapa kesan contohnya kesan politik,ekonomi dan sosial.

Penentangan Terhadap Tentera Jepun

Malayan People's Anti-Japanese Army(terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJAialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British  kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.


Dakyah Jepun untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan mewujudkan pemerintahan sendiri telah mendorong penduduk Tanah Melayu khususnya orang Melayu untuk memberi sokongan kepada kemaraan tentera Jepun. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Tanah Melayu menjadi sebahagian daripada negeri jajahan Jepun. Di samping itu, penindasan tentera Jepun ke atas rakyat biasa telah menimbulkan kebencian terutamanya orang China. Beberapa hari selepas Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, pihak Jepun telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang China. 

Perasaan benci tentera Jepun ke atas orang China ini berakar umbi akibat peperangan China-Jepun di China yang telah bermula sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu lagi. Pemerintahan Jepun juga menghadapi tentangan daripada pegawai dan tentera Britishyang terpaksa berundur selepas mereka dikalahkan oleh Jepun. Bagi meneruskan penentangan terhadap tentera Jepun beberapa buah pertubuhan bawah tanah telah ditubuhkan. Mereka terdiri daripada pegawai tentera British yang diarahkan untuk meneruskan perjuangan menentang tentera Jepun, orang China terutamanya anggota Kuomintang dan komunis dan juga orang Melayu yang enggan tunduk kepada pemerintahan Jepun.

Mereka telah bergabung untuk menubuhkan suatu organisasi tentera dikenali sebagai MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Bagi membantu perjuangan MPAJA, pihak Berikat telah memberi bantuan dengan membekalkan senjata dan peluru yang digugurkan dari kapal terbang. Pada 1943, sekumpulan pegawai yang dikenali sebagai Angkatan 136 dari India telah dihantar untuk menyelaraskan tugas kumpulan penentang itu. Gerakan penentangan terhadap Jepun tidak dilakukan secara terbuka. Serangan dilakukan secara serang hendap dan gerakan dimulakan dari dalam hutan.



Pengajaran dari zaman penjajahan Jepun


1. Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara.
2. Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
3. Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
4. Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakwah asing.
5. Rakyat yang tidak bersatu padu dan taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.
6. Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara bangsa.

Kesimpulan

Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan India tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti ‘mengelak daripada mulut harimau kemudian masuk ke mulut buaya’. Memoir A. Samad Ismail jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan ataupun darah-darah berhamburan. Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisya.

Kesan Pendudukan Tentera Jepun di Tanah Melayu

1.  Politik

Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA). 


Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan. 

 2. Ekonomi

Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.


 3. Sosial

 Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut.
- Politik sewaktu Zaman Penjajahan Jepun -

- Sosial sewaktu Zaman Penjajahan Jepun -

- Ekonomi sewaktu Zaman Penjajahan Jepun -


Pentadbiran Tentera Jepun


Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu selama 3 tahun 8 bulan telah meninggalkan kesan yang penting terhadap pentadbiran Tanah Melayu.Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.



      1. Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.

     2. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik.

     3. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.

     4. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan.

     5. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan. 

     6. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganukepada Kerajaan Siam.

     7. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.

     8. Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat ( Centralised Military Administration ) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor.