1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16



Zaman Penjajahan Jepun
Atelophobia;

Bonjour!


Selamat datang ke blog tugasan pengajian malaysia
Tajuk : Zaman Penjajahan Jepun
Jun 2016

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Kejayaan Tentera Jepun



  1.  Persediaan yang rapi

           Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu, mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul maklumat penting berhubung dengan kekuatan  pertahanan British, angkatan dan kelengkapan peperangan. Menyedari bahawa kubu  pertahanan British di Singapura agak sukar untuk dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak mempunyai pertahanan yang lengkap. Ini membolehkan pergerakan tentera menjadi lebih  mudah dan dalam jangka masa yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai.


       2.  Penguasaan tempat yang strategik


             Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang yang terletak di Kota  Bharu, Alor Setar dan Taiping. Penawanan tempat strategik ini menyukarkan dan  melemahkan pertahanan udara British. Serangan Jepun ke atas Melayu juga dilancarkan dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan tentera udara, laut dan  daratnya dari pangkalan mereka di Indochina dan Siam.


        3.  Lumpuhnya armada laut British


            Di samping menghancurkan pertahanan udara tentera British, Jepun juga telah berjaya  menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, iaitu Repulse dan Prince of Wales  pada 10 Disember 1941 yang sedang belayar di Laut China Selatan berhampiran  Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Dengan  tenggelamnya dua buah kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut  oleh tentera Jepun.


        4.  Keberanian tentera Jepun


            Pasukan tentera ke-25 yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Yamashita telah datang  dengan semangat hidup atau mati bagi tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di Manchuria dan telah mendapat latihan  perang untuk berperang di kawasan Tropika.


        5.  Pakatan dengan kerajaan Siam


              Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memujuk atau memaksa negeri Thai supaya bekerjasama dengan Jepun. Ini telah  menyebabkan suatu Persetiaan Perikatan telah ditandatangani pada 11 Disember 1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera Jepun untuk memasuki Tanah  Melayu menjadi semakin mudah.


         6.  Semangat tentera Berikat


               Pasukan tentera Berikatyang mempertahankan Tanah Melayu terdiridaripada lapan  briged askar India, dua briged askar Australia dan dua briged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera Berikat ini, khususnya lapan briged tentera India tidak mempunyai  pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera India yang mempertahankan Tanah  Melayu hilang semangat untuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah  bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa Barat,termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan tentera Jepun.